Bantuan Dermasiswa
Syarat-syarat Permohonan Bantuan
| Bantuan Dermasiswa | |
| 1 | Syarat-Syarat AM Permohonan |
| 1.1 Warganegara Malaysia dan beragama Islam | |
| 1.2 Lahir dan menetap di negeri Johor | |
| 1.3 Tidak menerima bantuan/pinjaman daripada mana-mana agensi lain. | |
| 1.4 Mendapat tawaran rasmi daripada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi. | |
| Syarat khusus permohonan: | |
| (A) | UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR |
| 1. | BIDANG PENGAJIAN: PENGAJIAN ISLAM |
| 1. Usuluddin 2. Bahasa Arab 3. Dakwah 4. Syariah Islamiah 5. Dirasat Islamiah |
|
| • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang-kurangnya pangkat JAYYID dan sijil tidak melebihi tempoh 3 tahun | |
| • Lulus dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al Azhar (Imtihan Tahdid Mustawa peringkat Mutammayyiz) atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah); | |
| • Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor) | |
| 2. | BIDANG PENGAJIAN: ULUM ISLAMIAH |
| 1. Ulum Islamiah | |
| • Lulus semua subjek Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan sekurang-kurangnya GRED B dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran Sunnah; | |
| • Lulus dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al Azhar (Imtihan Tahdid Mustawa peringkat Mutammayyiz) atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah); | |
| • Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor) | |
| 3. | BIDANG PENGAJIAN: QIRAAT |
| 1. Qiraat | |
| • Sijil/Diploma Qiraat yang diiktiraf kesetaraan oleh Al-Azhar; | |
| • Lulus dalam peperiksaan kemasukan ke Universiti Al Azhar (Imtihan Tahdid Mustawa) atau telah berada dalam Tahun Satu (kuliah); | |
| • Pelajar hendaklah berdaftar dengan Pejabat Atase Pendidikan Johor di Mesir (wakil rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan Kerajaan Johor) |
| 1. | Keterangan : |
| i. Pelajar yang memohon akan dipanggil untuk tujuan temuduga. | |
| ii. Pelajar yang menerima Skim Bantuan Dermasiswa MAINJ dikehendaki menandatangani perjanjian penerimaan dan mematuhi kesemua syarat-syarat yang telah termaktub dalam perjanjian. | |
| iii. Jumlah tawaran dermasiswa kepada pelajar adalah bergantung kepada tahun semasa permohonan pelajar. | |
| iv. Maksimum empat (4) tahun pengajian sahaja. |
| (B) | PELAJAR DI UNIVERSITI DI JORDAN |
| UNIVERSITI | BIDANG |
| Mutah | • Usuluddin, Bahasa Arab |
| Al-Bayt | • Usuluddin, Fiqh wa Usul, Bahasa Arab |
| WISE | • Usuluddin, Fiqh Shafie, Pengajian Al-Quran & Qiraat, Bahasa Arab |
| 1. | SYARAT DAN KELAYAKAN : |
| i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 80% bagi semua subjek; dan sekurang-kurangnya gred B+ bagi subjek Bahasa Arab dan gred B bagi subjek berkaitan Pengajian Islam (Agama/Dini/Tahfiz/Syahadah Ulya) | |
| ii. Pelajar lepasan SPM telah berada di tahun keempat (4) pengajian. | |
| iii. Pelajar lepasan KUIJSI maksimum bantuan adalah tiga (3) tahun pengajian sahaja.. | |
| CAPAIAN PERMOHONAN ONLINE MELALUI -> Klik Sini : https://epayment.maij.gov.my/ |