Bantuan Segera

Syarat-syarat Permohonan Bantuan

Bantuan Segera (Kecemasan)
1. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga (3) tahun berturut-turut dan membayar zakat (fitrah dan harta) Negeri Johor.
2. Pemohon mestilah terdiri daripada golongan fakir dan miskin.
3. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ.

Takrif Fakir
Seseorang yang tidak mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang boleh memenuhi keperluan asas (daruriat) bagi dirinya dan tanggungan di bawahnya bukan keperluan tambahan (hajiat) dan bukan keperluan kemewahan (tahsiniat), termasuk juga mereka yang tidak ada daya usaha dengan sebab seperti penyakit.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300.00 sebulan tetapi hanya memperolehi tidak sampai 50% keperluan tersebut untuk menampung keperluan asasi diri dan tanggungan di bawahnya.

Takrif Miskin
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasi (daruriat) tetapi tidak mencukupi untuk dirinya dan orang di bawah tanggungannya.

Contoh : Seseorang yang memerlukan kepada RM 300 sebulan tetapi hanya memperolehi sebahagian (50%) atau lebih tetapi tidak sampai memenuhi keperluan asasi sebenar bagi diri dan tanggungannya.

Maklumat Pemohon

Sila masukkan format email yang sah!
Sila masukkan daerah yang betul. Anda akan berurusan dengan cawangan MAIJ mengikut daerah.
Sila masukkan nombor akaun bank yang sah.
Sila masukkan keterangan permohonan secara terperinci. Maksima 2000 aksara.

Dokumen Sokongan

Format Fail yg dibenarkan : jpeg,jpg, png, pdf
Saiz Maksimum Setiap Fail : 10 MB
Pastikan fail Yang dimuat naik adalah fail berbeza bagi setiap item.
SALINAN IC PEMOHON *
Sila muat naik dokumen ini!
SALINAN IC/SIJIL KELAHIRAN SEMUA TANGGUNGAN *
Sila muat naik dokumen ini!
SALINAN SLIP GAJI/BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN *
Sila muat naik dokumen ini!
GAMBAR PEMOHON *
Sila muat naik dokumen ini!
GAMBAR RUMAH PEMOHON *
Sila muat naik dokumen ini!
SALINAN PENYATA AKAUN BANK *
Sila muat naik dokumen ini!

Perakuan

Saya mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang ini adalah benar, betul dan lengkap. Sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berkaitan dan boleh dikenakan denda atau hukuman penjara selama tempoh mengikut undang-undang tersebut.

Saya bersetuju bahawa pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor berhak menarik balik bantuan yang telah diluluskan sekiranya terdapat maklumat yang diberikan tidak benar, tidak betul atau tidak lengkap. Saya dengan ini memberi kebenaran kepada MAINJ sebagai agensi pelaksana untuk menyemak maklumat saya dengan mana-mana pihak bagi menentukan kelayakan menerima bantuan atau perkara yang berkaitan dengannya.

Saya juga bersetuju untuk pihak MAINJ menggunakan data peribadi saya selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

29/03/2024 08:02 pm
Sila semak semula permohonan. Pastikan semua ruangan mandatori telah diisi!

Copyright © 2021 - ICT MAIJ